SURIA 16

UPM'S ENERGY TRANSITION INITIATIVE

Hold to Unlock
INISIATIF PERALIHAN TENAGA UPM

SURIA 16

Projek mega solar rooftop terbesar di Malaysia dengan kapasiti 16.18 MWp melalui kerjasama strategik UPM dan TNB (GSPARX).

Pemasangan Panel Solar Suria 16

Mengenai Projek

Peneraju Kampus Hijau Global

Suria 16 adalah inisiatif UPM untuk mencapai Sifar Bersih (Net-Zero) pada tahun 2050. Melalui kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak syarikatnya GSPARX Sdn Bhd, UPM melaksanakan pemasangan solar berskala besar di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE).

Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh TNB dengan kos pelaburan RM 45 Juta (Zero CAPEX) kepada UPM, memberikan penjimatan jangka panjang yang signifikan.

  • Skim SARE selama 20 tahun.
  • Mengurangkan jejak karbon 15,655 tan setahun.
  • Bersamaan menanam 242,320 pokok selama 10 tahun.
0 MWp
Kapasiti Pemasangan
RM0 Juta
Anggaran Penjimatan (25 Tahun)
RM0 Juta
Pelaburan TNB (Zero CAPEX)
0 Tan
Pengurangan CO2 Setahun

Cakupan Projek

Lokasi Pemasangan Utama

Hospital Pengajar (HSAAS)

8,015.70 kWp

Fakulti Kejuruteraan

1,334.75 kWp

Fakulti Pertanian & ITAFOS

1,311.75 kWp

Fakulti Perubatan Veterinar

1,108.80 kWp

Masjid UPM

415.80 kWp

Pusat Kebudayaan & Kesenian

477.00 kWp

*Dan lokasi-lokasi lain termasuk Canselori, Fakulti Sains, & Sekolah Perniagaan.

Floating Solar
INOVASI DUNIA

Integrated Hydroponic-Aquavoltaic Systems (IHAS)

Floating Solar & Walkway

Terletak di Fakulti Kejuruteraan, sistem solar terapung ini bukan sekadar penjana tenaga. Ia adalah salah satu projek Sistem Akuavoltaik Hidroponik Bersepadu Skala Besar yang menggabungkan tenaga, pertanian, dan eko-pelancongan.

312.12 kWp
Kapasiti Penjanaan
170 Meter
Sistem Hidroponik
  • Penternakan ikan Tilapia di bawah panel solar.
  • Pusat penyelidikan dan lampiran industri pelajar.
Lawati Fakulti Kejuruteraan

Liputan & Montaj

Suria 16 Di Media

Montaj Video

Montaj Rasmi Suria 16

Video pengenalan penuh projek Suria 16.

Berita RTM

Liputan Berita RTM

Laporan berita nasional mengenai pelancaran projek.

Bernama TV

Liputan Bernama TV

Temubual eksklusif dan liputan mendalam.

Keratan Akhbar & Artikel

Universiti Awam Digalak Pasang Panel Solar Untuk Jimat Penggunaan Tenaga Elektrik.

Keratan Berita 1

Keratan Berita: Bahagian 1

Keratan Berita 2

Keratan Berita: Bahagian 2

Baca Artikel Penuh di Portal UPM

Artikel Penuh Dalam Talian

Berita Rasmi Pelancaran

Ikuti hantaran rasmi mengenai majlis perasmian dan pencapaian Suria 16 di media sosial.

Bersama Ke Arah Kampus Lestari

Kunjungi Fakulti Kejuruteraan UPM untuk melihat sendiri inovasi Floating Solar & Walkway atau hubungi kami untuk peluang kolaborasi.

Lokasi

Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor.

Hubungi Kami

dean.eng@upm.edu.my
+603-9769 6262